Saturday, June 5, 2010

Perkara2 Mengenai Bayi Yg harus KIta Tahu

Pada bulan pertama, adalah tempoh yang penting bagi bayi. Ada tiga perkara utama perkembangan si kecil yang boleh anda mesti perhatikan. Tiga perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.
BULAN PERTAMA
*BelajarUntuk anak lebih kenal anda, rapatkanlah muka lebih kurang 30 sm daripada si manja. Hasilnya, ketika berusia satu bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka anda.
*BertuturBunyi pertama yang akan bayi anda keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir satu bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak anda akan mulai belajar mengagah.
*BersosialSelepas minggu-minggu pertama lahir ke dunia, bayi anda tidak banyak tindakbalasnya. Cuma dia akan menangis jika jasa tidak selesa. Selebihnya, dia akanlebih banyak tidur tanpa apa-apa aktiviti lain.
BULAN KEDUA
*BelajarDalam usia dua bulan, bayi anda sudah boleh melihat banyak benda. Matanyajuga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku dihadapannya.
*BertuturSi manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu anda bercakap cakap dengannya menandakan yang dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.
*BersosialBayi anda sudah mula kenal rupa serta wajah orang-orang yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang-orang tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.

BULAN KETIGA
*BelajarDia semakin pandai. Bayi anda akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan anda dengan gerakan tubuh dan senyumannya.
*BertuturPada masa ini, bayi anda sudah dapat membezakan antara percakapan denganbunyi-bunyian lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.
*BersosialAkibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi anda akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah dengan cara menangis ataupun denganmemalingkan muka.
BULAN KEEMPAT
*BelajarDia juga akan ketawa tanda gembira apabila anda bermain-main dengannya. Juga, sudah pandai memilih apa sahaja yang mereka gemari. Misalnya, mereka akan ketawa jika gemarkan cara anda mengagah dan akan menangis jika dia tidak suka dengan apa yang anda lakukan padanya.
*BertuturApabila telah mencecah usia empat bulan, bayi akan sudah semakin mahir mengeluarkan bunyi-bunyian daripada mulutnya sendiri. Antara bunyi yang menjadi kegemaran mereka ialah mama, dada, moo dan sebagainya.
*BersosialPada ketika ini apa yang diinginkan oleh bayi ialah perhatian daripada anda. Jika boleh dia ingin anda sentiasa bersamanya sepanjang masa.
Tangisan cara bayi berkomunikasi
Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.
Lapar Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.
Basah Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.
Keselesaan Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.
Suhu bilikPersekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.
Kolik Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut dengan minyak telon melegakan si manja.
Berasa letih dan mahu tidurBayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).
Baju terlalu tebalMemang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.
Bayi ku semakin membesar
Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya. Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.
0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

No comments:

Post a Comment