Thursday, June 17, 2010

LENKA Trouble Is A Friend(Official music video)

Saturday, June 5, 2010

Perkara2 Mengenai Bayi Yg harus KIta Tahu

Pada bulan pertama, adalah tempoh yang penting bagi bayi. Ada tiga perkara utama perkembangan si kecil yang boleh anda mesti perhatikan. Tiga perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.
BULAN PERTAMA
*BelajarUntuk anak lebih kenal anda, rapatkanlah muka lebih kurang 30 sm daripada si manja. Hasilnya, ketika berusia satu bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka anda.
*BertuturBunyi pertama yang akan bayi anda keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir satu bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak anda akan mulai belajar mengagah.
*BersosialSelepas minggu-minggu pertama lahir ke dunia, bayi anda tidak banyak tindakbalasnya. Cuma dia akan menangis jika jasa tidak selesa. Selebihnya, dia akanlebih banyak tidur tanpa apa-apa aktiviti lain.
BULAN KEDUA
*BelajarDalam usia dua bulan, bayi anda sudah boleh melihat banyak benda. Matanyajuga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku dihadapannya.
*BertuturSi manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu anda bercakap cakap dengannya menandakan yang dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.
*BersosialBayi anda sudah mula kenal rupa serta wajah orang-orang yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang-orang tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.

BULAN KETIGA
*BelajarDia semakin pandai. Bayi anda akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan anda dengan gerakan tubuh dan senyumannya.
*BertuturPada masa ini, bayi anda sudah dapat membezakan antara percakapan denganbunyi-bunyian lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.
*BersosialAkibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi anda akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah dengan cara menangis ataupun denganmemalingkan muka.
BULAN KEEMPAT
*BelajarDia juga akan ketawa tanda gembira apabila anda bermain-main dengannya. Juga, sudah pandai memilih apa sahaja yang mereka gemari. Misalnya, mereka akan ketawa jika gemarkan cara anda mengagah dan akan menangis jika dia tidak suka dengan apa yang anda lakukan padanya.
*BertuturApabila telah mencecah usia empat bulan, bayi akan sudah semakin mahir mengeluarkan bunyi-bunyian daripada mulutnya sendiri. Antara bunyi yang menjadi kegemaran mereka ialah mama, dada, moo dan sebagainya.
*BersosialPada ketika ini apa yang diinginkan oleh bayi ialah perhatian daripada anda. Jika boleh dia ingin anda sentiasa bersamanya sepanjang masa.
Tangisan cara bayi berkomunikasi
Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.
Lapar Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.
Basah Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.
Keselesaan Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.
Suhu bilikPersekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.
Kolik Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut dengan minyak telon melegakan si manja.
Berasa letih dan mahu tidurBayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).
Baju terlalu tebalMemang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.
Bayi ku semakin membesar
Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya. Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.
0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

SUSU GADIS = SUSU IBU

BENAR. Wanita bujang pun boleh menyusukan bayi secara alami. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya sebelum ini.Dan mungkin juga, ramai yang kurang arif bahawa untuk membolehkan laktasi dan penyusuan ibu, seseorang wanita itu tidak semestinya mengalami proses kehamilan terlebih dahulu. Begitu juga ia tidak memerlukan ovari berfungsi. Malah hakikatnya, proses merembeskan susu oleh kelenjar-kelenjar mamari payudara (laktasi) dalam kes-kes penyusuan anak angkat oleh wanita bujang, adalah ringkas sahaja.Sebelum pergi lebih jauh, mari kita fahami terlebih dahulu bagaimana proses pengeluaran susu berlaku.“Pengeluaran susu bergantung kepada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek.“Seterusnya, satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu di dalam payudara anda,’’ kata Dr. Shah Reza Johan Noor.Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Universiti Sains Malaysia itu lagi, semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan. “Dan lebih banyak hormon, bermakna lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir.“Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semula jadi ini tidak akan berjaya sekiranya kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan,’’ ujar beliau.Jadi, bagaimana mungkin laktasi yang dirangsang atau digalakkan itu boleh berlaku di kalangan wanita bujang atau yang telah berkahwin tetapi tidak subur atau mandul?“Dalam erti kata yang mudah, rangsangan pada puting dan rangsangan menghisap menyebabkan payudara menghasilkan susu.“Ini ditambah dengan keinginan si ibu angkat yang meluap-luap untuk menyusukan bayi setelah tidak berpeluang mengalami perasaan yang istimewa mengandungkan zuriat sendiri,’’ katanya.Sekurang-kurangnya, tambah Dr. Shah Reza, mereka teruja kerana mempunyai hubungan intim dan istimewa yang terjalin dan sukar digambarkan semasa si ibu angkat menyusui bayi mereka.Bagaimanapun, keberkesanan pengeluaran susu turut bergantung kepada keadaan fizikal serta daya tahan wanita terbabit.“Apa yang penting adalah jangkaan yang realistik kerana sesetengah ibu angkat mungkin tidak dapat menghasilkan bekalan susu yang mencukupi.“Sesetengahnya menghasilkan susu yang sedikit manakala yang lainnya pula banyak dan ada yang langsung tidak berupaya mengeluarkan susu,’’ katanya.Ia bergantung kepada banyak faktor seperti usia bayi, sejauh manakah keberkesanan dan kekerapan anda merangsang payudara dan tindak balas seseorang terhadap rangsangan memandangkan kimia tubuh unik bagi setiap individu.Walaupun kini terdapat beberapa rejimen yang menggunakan terapi hormon bagi membantu penghasilan susu badan, namun masih ramai juga wanita yang menggalakkan laktasi menggunakan rangsangan mekanikal sahaja.Antaranya termasuklah dengan cara mengurut payudara, merangsang puting susu dan menghisap – sama ada menggunakan perantaraan bayi sendiri mahupun dengan bantuan alat-alat seperti pam payudara manual atau elektrik.“Sesetengah ibu perlu menggunakan pam payudara untuk merangsang pengeluaran susu manakala sesetengah yang lainnya pula, sekadar meletakkan bayi di pangkuan, itu sudah boleh mengeluarkan susu.“Seelok-eloknya, wanita mula merangsang puting dan payudara mereka menggunakan kombinasi urutan lembut dan bantuan alat- alat laktasi dua minggu sebelum kedatangan bayi,’’ kata Dr. Shah Reza.Jadual rangsangan lazimnya bermula dengan urutan selama beberapa minit dan mengepam beberapa kali sehari.Secara beransur-ansur, bilangan rangsangan ditingkatkan sehinggalah mereka mengepam payudara selama 10 minit, lapan hingga 10 kali sehari.Selepas urutan dan pam dimulakan, ubat- ubatan boleh membantu rangsangan payudara untuk meningkatkan penghasilan susu yang lebih banyak.“Umumnya, terapi hormon untuk menggalakkan susu adalah dengan memberikan suntikan estrogen dan progesteron bagi menyerupai tahap estrogen yang tinggi semasa hamil.“Kemudian, ubat-ubatan tersebut akan dikeluarkan semula. Ia bertujuan ‘menipu’ tubuh badan wanita berkenaan seolah-olah, tidak lama lagi seorang bayi akan dilahirkan,’’ kata Dr. Shah Reza.Seterusnya, mereka akan diberikan bahan perangsang susu yang perlu diambil di antara tujuh hingga 14 hari. Beliau turut mengingatkan agar wanita mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan bagi memantau apa-apa kesan sampingan yang mungkin timbul.Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak ketara kecuali dalam sesetengah kes, wanita mungkin mengalami kekakuan anggota.“Proses pengambilan ubat perlu dipantau kerana tempoh dan dosnya adalah berbeza di antara seseorang individu dengan yang lain.“Contohnya, wanita yang mempunyai berat badan yang lebih kurang tidak boleh diberikan dos yang tinggi kerana dibimbangi kesan sampingannya juga berlebihan,’’ katanya.Mengulas lanjut, dalam tempoh seminggu memulakan proses berkenaan, kebanyakan wanita akan teruja apabila mendapati mereka sudah mula menghasilkan titisan susu di samping beberapa perubahan lain.Misalnya, payudara terasa bertambah penuh dan berat manakala areola iaitu kulit yang berada di sekeliling puting menjadi semakin gelap. Sesetengah wanita juga mungkin terhenti putaran haidnya.Dr. Shah Reza berkata, tiada pil khas yang boleh mengeluarkan susu badan secara langsung. Bagaimanapun, kesan sampingan penghasilan susu badan ini diperoleh setelah seseorang itu mengambil pil menahan muntah dan antikemurungan.Keadaan itu disebabkan oleh peningkatan paras hormon di dalam darah wanita sekali gus merangsang puting susu wanita menonjol.Ditanya mengenai kuantiti susu yang boleh dibekalkan oleh si ibu kepada bayi angkatnya, kata Dr. Shah Reza, ia boleh berterusan sehingga dua tahun lamanya sekiranya payudara menerima rangsangan berterusan dan bayi terus menetek.Prosedur untuk menghasilkan susu yang sama seperti di atas boleh diulang kembali beberapa tahun kemudian sekiranya wanita berkenaan ingin menyusukan bayi yang lain pula.Dari segi zat dan kualiti susu badan yang terhasil daripada pengambilan pil penggalak itu jika dibandingkan dengan susu yang dihasilkan oleh wanita hamil, ia sama sahaja.Mengapa susu ibu paling sesuai untuk bayi* Ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar* Susu ibu khasnya kolustrum mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru* Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi* Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak* Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain* Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperoleh dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa berada pada suhu yang sesuai* Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan* Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra di antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain* Bagi wanita Muslim yang mengambil anak angkat pula, ia akan menjadi ibu susuan dan muhrim kepada anak itu.*Pemakanan anda bila menyusuPemakanan anda adalah penting terutamanya bila menyusu. Bayi akan membesar dengan cepat bergantung sepenuhnya kepada susu anda.Sebenarnya, badan anda dapat menghasilkan susu dengan baik sekali. Malah, ia seolah-olah menjimatkan tenaga daripada biasa sepanjang tempoh anda menyusu. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu makan untuk dua orang.Namun, anda memerlukan makanan yang seimbang untuk memastikan anda mendapat protein, kalori, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk keperluan anda serta bayi.

Bayi Yg keliru Puting


ada 2 persoalan besar di sini:
bayi telah keliru puting
adakah susu akan bertambah dengan mengepam sahaja tanpa direct feeding
Umur bayi Hayati baru 1 bln bermakna masih dalam pantang lagi. Masih belum terlambat utk melatih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding (saya rasa bayi telah diperkenalkan dengan susu formula). Kalau bayi sudah biasa minum susu formula harus hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik. Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.
Untuk melatih bayi kembali kepada direct feeding perlukan usaha kuat dan kesabaran yang tinggi. Pujuk bayi dengan bercakap-cakap dengannya memintanya menyusu pada payudara ibu. Beri dia menyusu ketika dia belum terlalu lapar sehingga mengamuk. Menyusulah dalam posisi yang selesa bagi ibu dan bayi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring. Bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan guna botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk). Selepas beberapa ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu. Jangan putus asa kerana Hayati masih dalam pantang dan masih bersama bayi sepanjang masa. Keadaan akan lebih mencabar jika ditangguhkan apatah lagi jika telah kembali bekerja.
Kekurangan susu mungkin satu faktor menyebabkan bayi tidak mahu menyusu terus daripada payudara ibu. Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam. Bayi baru lahir biasanya menyusu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam (bermakna setiap 2 jam sekali). Jika bayi tidak direct feeding, gantikan dengan mengepam dalam kekerapan yang sama. Teruskan mengepam walaupun hasilnya hanya 0.5 atau 1 oz sahaja. Kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak bahawa permintaan terhadap susu adalah tinggi dan ini akan merangsang lebih hormon prolaktin dirembeskan untuk merangsang penghasilan susu. Tetapi hal ini bukanlah boleh berlaku dalam sehari dua tetapi memerlukan masa untuk berjaya.
Faktor jenis pam juga memainkan peranan. Pam yang tidak selesa dan menyakitkan mungkin akan membantutkan usaha menambah pengeluaran susu kerana ibu menjadi stress apabila dalam kesakitan apatah lagi apabila melihat hasil yang kurang memberangsangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila puting ibu melecet akibat menggunakan pam yang menyakitkan. Pilih pam yang baik dan mengikut ritma hisapan bayi. Atau pun ibu boleh memerah dengan tangan, kurang menyakitkan tetapi perlukan teknik yang betul.
Di samping itu, ibu harus menjaga permakanan. Makan makanan yang seimbang dan awasi kalau-kalau ibu makan makanan atau ubat-ubatan (termasuk pil perancang) yang mengganggu penghasilan susu ibu. Jaga emosi, jangan stress dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk memberi yang terbaik untuk anak kita.

Tuesday, January 26, 2010

8G LElaKI yG tIDAK dISUkaI wANItA

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Salah Erti Dalam Percakapan

MACAM22....j
Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-
LELAKI CAKAP :
” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.
LELAKI CAKAP :
” Dia hanya kawab biasa..”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kawa niasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.
LELAKI CAKAP :
“Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”
APA YANG WANITA FAHAM :
Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.
LELAKI CAKAP :
“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.
LELAKI CAKAP :
“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

Penawar Kepenatan

May 8th, 2009 at 3:34 pm (Petua Kesihatan)
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas sehariansama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikanpetua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puterikesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminyaSaidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannyakerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakanhasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantutugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baikdaripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamuberdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepadaanak dan menantunya bagi meringankan keletihan dankesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku.”
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebananhidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokanhari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu danmengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaatiAllah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkemenangan yang besar.”